Jumaat, 20 Julai 2012

KATA GANTI

  1. Kata ganti nama diri digunakan untuk manggantikan nama orang.
  2.  Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu :
 Kata ganti nama diri pertama , Kata ganti nama diri kedua , Kata ganti nama diri ketiga

Kata Ganti Nama Diri Pertama
  • Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
  •  Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk   jamak.


 Ganti nama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak


Kata Ganti Nama Diri Kedua
 Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :

  • anda : digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
  • awak : digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
  • engkau : digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan  Tuhan juga
  • tuanku : digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
  • kalian :  digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
  •  kamu : digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
     

     
 
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejap lagi.
 
Kata Ganti Nama Ketiga
 
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
 
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendidikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.

 


Tiada ulasan:

Sky Blue Bow Tie