1. |
Untuk makluman, tumpuan tugasan
pada soalan minggu ini adalah untuk melihat sama ada murid-murid boleh
atau tidak memahami kehendak soalan; iaitu
dua kata kunci, pendapat kamu
dan langkah-langkah/cara-cara
kerajaan boleh menangani kemalangan jalan raya yang semakin
meningkat.
|
2. |
Cuba
lihat rajah di bawah ini. Isi-isi utama
tertumpu kepada elemen W(Why),
Mengapa dan H(How),
Bagaimana.
|
3. |
Sebelum
memulakan penulisan, binalah rangka karangan terlebih dahulu.
Rangka karangan dapat membantu pelajar menghasilkan karangan yang
tersusun dan menepati format serta soalan yang dikemukakan.
|
4. | Sila perhatikan contoh rangka karangan yang disediakan di bawah ini: |
Membina Rangka Karangan
Pendahuluan :
Gambaran umum tentang tajuk yang diberikan.
(cukup dengan satu/dua ayat sebagai pendahuluan)
Isi-isi
:
1.
Membaiki kemudahan jalan raya
2.
Menguatkuasakan undang-undang jalan raya
3.
Menjalankan ujian memandu yang lebih praktikal
4.
Mengadakan kempen keselamatan jalan raya dari
semasa ke semasa
Penutup
:
Rumusan/kesimpulan idea |
5. | Setiap perenggan pendahuluan, isi-isi serta penutup perlulah dihuraikan dengan baik. Perhatikan contoh di bawah ini. |
Teknik
Menghuraikan Isi
|
||
Pendahuluan |
:
|
Kadar kemalangan jalan raya di negara kita dikatakan antara yang tertinggi di dunia. Negara mengalami kerugian baik dari kehilangan harta benda mahupun kehilangan guna tenaga yang amat diperlukan. |
Isi
1
|
:
|
Antara
langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya ialah dengan membaiki kemudahan jalan raya. Jalan
raya yang rosak, bengkang-bengkok dan berselekoh tajam perlu
diperbaiki. Papan-papan tanda amaran juga perlu diperbanyak bagi
memberikan peringatan kepada pengguna-pengguna jalan raya.
|
Isi
2
|
:
|
Selain
itu, kerajaan juga perlu menguatkuasakan
undang-undang jalan raya. Pemandu-pemandu yang
melanggar
peraturan perlu didenda agar dengan cara
ini
membuatkan mereka lebih berhemah ketika
menggunakan jalan raya. Pemandu-pemandu yang terlibat dengan
kemalangan maut harus digantung lesennya.
|
Isi
3
|
:
|
Sehubungan
dengan itu juga, kerajaan perlu mengadakan ujian memandu yang lebih
praktikal untuk melahirkan pemandu yang cekap. Pemandu perlu yakin untuk
mengendalikan kenderaan masing-masing ketika lalu-lintas sesak dalam cuaca
yang panas. Pemandu juga perlu biasa dengan perkara-perkara asas dalam
pengendalian sesebuah kenderaan.
|
Isi
4
|
:
|
Di
samping itu, kerajaan juga perlu mengadakan kempen-kempen keselamatan
jalan raya dari semasa ke semasa. Pengguna-pengguna jalan raya perlu
dididik supaya lebih berhemah dan bertimbang rasa ketika berada di jalan
raya. Jalan raya bukan tempat untuk berlumba, menunjukkan kekuatan ataupun
tempat untuk bersuka-suka.
|
Penutup
|
:
|
Langkah-langkah
yang telah dinyatakan di atas adalah antara pilihan atau tindakan yang
boleh diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Namun demikian, semua langkah ini tidak akan berjaya sekiranya tidak
mendapat sokongan dari semua pengguna jalan raya. Kemalangan adalah
tragedi, marilah kita jadikan jalan raya di negara ini jalan raya yang
paling selamat di dunia.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan