Sabtu, 21 Julai 2012

KATA PENEGAS, KATA NAFI DAN KATA PEMERI

1.
Kata penegas, kata nafi dan kata pemeri merupakan antara jenis-jenis kata tugas.
2.
Kata penegas ialah kata  yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
3.
Contoh-contoh kata penegas adalah seperti -kah, -tah,  -lah,  juga, jua, pun, sahaja, lagi dan memang.
4.
Perhatikan contoh penggunaan kata penegas dalam ayat-ayat yang berikut:
(a)    Siapakah yang datang itu?
(b)    Apatah nasib kita.
(c)     Pemuda itulah tunangnya.
(d)    Kami juga ingin ke sana.
(e)    Cikgu Halim pun turut serta dalam lawatan itu.
(f)       Hamid memang kuat makan.
(g)    Hujan masih belum berhenti lagi. 
 
5.
Kata nafi ialah kata yang menafikan atau menidakkan frasa-frasa predikat ayat.
6.
Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
7.
Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
 
Contoh:     
(a)     Rashidah bukan rakan sekelas saya. 
(b)     Hadiah ini bukan untuk saya. 
 
8.
Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh: 
(a)     Ali tidak datang ke sekolah semalam. 
(b)     Tuduhannya itu tidak benar.
 
9.
Kata ialah merupakan kata pemeri yang diletakkan di hadapan  kata nama, manakala kata adalah diletakkan di hadapan  kata adjektif dan kata sendi nama. 
Contoh: 
(a)       Pemenang pertandingan itu ialah Kumpulan Biru. 
(b)       Cerita yang kamu dengar itu adalah karut semata-mata. 
(c)        Kelemahan penyanyi itu adalah dari segi komunikasinya dengan
    penonton.

Tiada ulasan:

Sky Blue Bow Tie