Pada hari Jumaat yang lalu, Nizam, Amandar dan Lily
telah ke Pasar Raya Giant, Seremban. Mereka ke sana untuk membeli
beberapa hadiah untuk diberikan kepada guru mereka sempena Hari Guru yang akan
diraikan pada hari Isnin akan datang.
Nizam
|
:
|
Apakah
yang kamu baca pada tin biskut itu, Amandar?
|
Amandar
|
:
|
Saya
membaca semua keterangan pada label
tin itu. Sebelum saya membeli
sesuatu barang saya mesti membaca labelnya terlebih dahulu. Saya tidak
mahu ditipu.
|
Lily
|
:
|
Memang
betul tu kerana keterangan
pada label itu sungguh mustahak. Ada undang-undang yang mewajibkan pihak peniaga untuk meletakkannya.
|
Nizam
|
:
|
Bagus
juga peringatan awak itu , sebab kita mudah terpengaruh untuk membeli
sesuatu barang itu. Jadi tidaklah tersalah beli kerana ada orang
mengingatkan kita.
|
Lily
|
:
|
Sebenarnya
bukan saja kita dapat membaca tarikh luput sesuatu barang itu tetapi kita
dapat juga membaca isi kandungan keterangan yang dicatatkan
|
Amandar
|
:
|
Kalau
begitu, banyak perkaralah yang boleh kita pelajari dengan membaca label
itu.
|
Nizam
|
:
|
Benar,
Amandar dan Lily. Misalnya,
pada kotak ubat-ubatan juga diberitahu cara menggunakannya. Kalau tidak
teliti, kemungkinan kita akan mengalami kesan-kesan sampingan yang
membahayakan diri sendiri.
|
Lily
|
:
|
Bukan
itu saja, kawan-kawan. Kita dapat mengetahui cara memasak sesuatu makanan
kerana ada disediakan resipi. Cuma kita hendak cuba atau tidak saja.
|
Amandar
|
:
|
Susah-susah
sangat kita adukan kesemua masalah yang berbangkit kepada Bahagian
Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
atau kepada Persatuan Pengguna yang paling hampir dengan tempat tinggal
kita.
|
Nizam
|
|
Cakap-cakap
juga hadiah untuk guru kita belum kita beli lagi. Marilah kita ke bahagian
lain pula untuk mencari barang yang sesuai untuk guru kesayangan kita itu.
|
Tanda
Bacaan
1.
|
Penggunaan
Noktah ( . )
|
|
|
i.
|
Mengakhiri
ayat
|
|
ii.
|
Kependekan
huruf atau perkataan.
Contoh: Kg. – Kampung Abd. – Abdul * Walau bagaimanapun, penggunaan huruf-huruf ringkas hendaklah dielakkan terutama dalam bahagian karangan. |
2.
|
Koma
( , )
|
|
|
i.
|
Menunjukkan
tanda pemisahan
Contoh: Dia membeli sepasang kasut, sehelai baju dan dua helai kain pelikat. |
|
ii.
|
Mengasingkan
rangkai kata
Contoh: Maju mundurnya,miskin kayanya dan bahagia deritanya rakyat sesebuah negara bergantung pada kebijaksanaan pemimpinnya. |
|
iii.
|
Menggantikan
maksud ‘iaitu’
Contoh: Siti,(iaitu) seorang yang berhati mulia dan berhemah tinggi, telah dipinang oleh seorang hartawan. |
3.
|
Tanda
Seruan ( ! )
|
|
|
i.
|
Ayat
yang menunjukkan perasaan hati seperti marah, suka, terperanjat, hairan
dan sebagainya.
Contoh: Amboi! Cantiknya baju awak. |
4.
|
Noktah
Bertindih ( : )
|
|
|
i.
|
Untuk
menambahkan sesuatu ayat yang menunjukkan maksud percakapan yang baru
lepas.
Contoh: Tolong berikan barang-barang berikut:
2 kilogram gula
4 biji telur ayam
5 biji lada merah
|
5.
|
Koma Bernoktah ( ; )
|
|
|
i.
|
Memisahkan
bahagian-bahagian ayat yang sama pangkatnya jika di antara satu
bahagian dengan satu bahagian tidak dihubungkan dengan sendi kata.
Contoh: Kita mencangkul dengan besi; kita menembak dengan besi; kita menebang dengan besi. |
6.
|
Tanda
Sengkang ( - )
|
|
|
i.
|
Menunjukkan
maksud hingga
Contoh: Pukul 3.00 – 4.00 petang |
|
ii.
|
Dalam
perkataan berganda
Contoh: murid – murid , pokok-pokok |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan